saYa saYanG KaWan² diBawaH

Thursday, May 17, 2012

:: seram sangat ! ::

Pukul 4.15 pagi tadi . . Masa tengah tido , terdengar la bunyi angin yang nyaring keluar dari celah tingkap dan pintu . . Nak tak nak , kena bangun jugak la sebab nak tengok ape yang jadi kat luar . . Masya-allah , angin ribut yang amat kuat rupanya . . Pokok besar pun dah macam senget je sebab ditiup angin kencang . . Saya doa je supaya jangan ada musibah yang berlaku . . Alhamdulillah , takde ape-ape yang tak diingini berlaku . .


aReeN : ~~> takut, takut, takut ( bak kata Ipin )

Tuesday, May 15, 2012

:: semua orang ada pendamping ::

APAKAH ITU QARIN ?

Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. 

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." 
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." 
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !

والله اعلم


aReeN : ~~> tengok gak kiri kanan ni ...

Wednesday, April 11, 2012

: : GEGARAN TSUNAMI LAGI ! ! : :

Pening, terhayun, rasa macam dibuai-buai . . .

Lebih kurang jam 4.45 petang tadi, masa mengadap Facebook . Tiba-tiba kerusi ni macam digegar-gegar oleh orang . Ingatkan hero kecik ni datang menyendeng kat saya . Pastu, 'Ting, Ting, Ting' bunyi bekas pewangi aromaterapi bergoyang-goyang . Aik ? Tengok plak ke balkoni rumah, penyidai baju bergoyang-goyang .

Status rakan-rakan kat Facebook plak semuanya update pasal gegaran yang sama . Owh, ada gempa bumi la ! Paling kuat terasa di utara Malaysia . Tengok ni ---->

Gempa magnitude 8.7
Jarak dari bandar2..
434 km (269 miles) SW of Banda Aceh, Sumatra, Indonesia
550 km (341 miles) SW of Lhokseumawe, Sumatra, Indonesia
963 km (598 miles) W of KUALA LUMPUR, Malaysia
1797 km (1116 miles) WNW of JAKARTA, Java, Indonesia




aReeN ~ ~ > Semoga kita semua dilindungi olehNya . . Nauzubillah . .

Tuesday, April 3, 2012

:: rancang JANTINA anak ::

Merancang jantina anak kadang-kadang menjadi konflik kepada ibu bapa. Ada yang mahukan lelaki dan ada pula yang mahukan perempuan atas sebab dan alasannya yang tersendiri. Sekiranya sudah memiliki anak lelaki sekarang ingin pula mendapatkan anak perempuan. Namun tidak salah berusaha jika jalannya tidak menyalahi syariat dan tidak menjejaskan kesihatan.
boy girl 300x197 Merancang Jantina Anak
Bagaimana caranya?
Kita tahu bahawa kehamilan berlaku apabila benih lelaki (sperma) bercantum dengan telur wanita (proses persenyawaan). Jadi biasanya penentuan jantina ini adalah terletak pada pihak suami kerana benih lelaki yang dihasilkan berjuta-juta banyaknya itu mengandungi faktor yang boleh menghasilkan anak lelaki @ kromosom Y dan anak perempuan @ kromosom X, manakala telur perempuan hanya mengandungi faktor yang membawa jantina perempuan iaitu kromosom X sahaja.
Menurut Dr Hamid Arshat, dipercayai benih yang membawa kromosom lelaki (Y) adalah lebih aktif dalam pergerakan dan seringkali ia dapat menuju ke sasarannya iaitu telur perempuan dengan lebih cepat dan adalah dipercayai juga benih yang membawa kromosom lelaki (Y) mempunyai jangka hidup yang lebih pendek berbanding dengan benih yang membawa kromosom perempuan (X).
Benih yang membawa kromosom lelaki (Y) juga dikatakan tahan hidup dalam cecair yang lebih alkaline manakala benih yang membawa kromosom perempuan (X) boleh hidup dalam cecair yang berasid.
Antara faktor- faktor yang dikatakan dapat membantu merancang jantina anak:
Faktor Makanan
Anak Perempuan – suami harus membanyakkan makan makanan beralkali manakala isteri pula perlu mengambil makanan yang berasid.
Anak Lelaki – suami pula yang perlu ambil makanan berasid manakala isteri pula mengambil makanan beralkali.
Contoh makanan beralkali: sayuran, buah-buahan, putih telur, susu dan sebagainya.
Contoh makanan berasid: daging, makanan laut dan sebagainya.
Faktor Masa
Anak Perempuan – kerap lakukan hubungan intim sebelum haid @ seminggu sebelum haid
Anak Lelaki – kerap lakukan hubungan selepas selesai sahaja haid @ seminggu selepas haid
Faktor Kedalaman
Anak Perempuan – tidak perlu masukkan zakar terlalu dalam pada vagina isteri
Anak Lelaki – perlu masukkan zakar lebih dalam paa vagina isteri
Faktor Klimak
Anak Perempuan – suami klimaks dulu
Anak Lelaki – isteri klimaks dulu
Faktor Persediaan (Isteri) – petua
Anak Perempuan – cuci kemaluan dengan semangkuk air yang dicampurkan dengan satu sudu cuka sebelum bersama.
Anak Lelaki – cuci kemaluan dengan dengan semangkuk air yang dicampurkan satu sudu soda sebelum bersama.
Faktor Kedudukan @ Posisi
Anak Perempuan – suami di bawah isteri di atas
Anak Lelaki – isteri di bawah suami di atas
Sumber:http://mengandung.com

:: tips beli rumah lelong ::

Membeli rumah lelong kalau silap langkah boleh merugikan anda. Jika  langkah-langkah awal tidak dibuat sebelum hari lelongan. Oleh itu disini dikongsikan tips untuk membeli rumah lelong bagi mengelakkan atau mengurangkan kesilapan :
1. Pergi buat survey rumah yang dilelong.
Pastikan rumah tersebut kosong atau kalau ada penghuni, pastikan penghuni tersebut adalah penyewa. Jadi sekiranya sudah ada penyewa, jadi  anda tidak perlu lagi cari penyewa.Suruh penyewa tersebut sambung  sewa dengan anda. Keadaan rumah tersebut mestilah munasabah sebab nanti tidak perlu  buat banyak renovation.
2. Pastikan harga sekurang-kurangnya 10% dari harga pasaran
Lagi kurang dari harga pasaran lagi bagus. Lagi banyak anda buat untung. Tapi kalau anda mahu tinggal disitu , sudah lain cerita.
3. Letak target setakat mana anda boleh bid.
Bagi membolehkan anda tahu bila mahu keluar dari lelongan sekiranya lebih dari harga yang dijangkakan. Ini untuk memastikan harga lelongan tersebut adalah munasah untuk anda membuat keuntungan.
4. Kawasan tersebut mudah disewakan
Pastikan rumah yang anda lelong senang  untuk cari penyewa. Kalau boleh berhampiran dengan kemudahan awam.
5. Check dengan bank berapa banyak pinjaman yang anda boleh buat.
Ini untuk memastikan anda tiada masalah pinjaman tidak diluluskan. Disebabkan duit deposit tidak di pulangkan.
6. Pastikan sewa bulanan lebih dari installment bulanan
Buat survey tentang sewa bulanan rumah tersebut. Boleh survey dekat internet dan surat khabar. Ini membolehkan anda mendapat +ve cash flow dari pelaburan rumah anda.